CHERITERA KAMI...: April 2017

Apr 25, 2017

Tiket feri, Kereta Sewa dan Shopping di Langkawi

Janji ni last entry pasal Langkawi..Kalau ada ada juga tu maksudnye p Langkawi lagi tu.Ehh..eh..hahaha;p

Seingat-ingatnya tak pernah naik feri ke Langkawi. Kira ni first time la naik feri dari Kuala Perlis ke Langkawi selama 1jam. Sebab banyak aktiviti kononnya, kami beli tiket feri pukul 8pagi. Senang sekarang kalau tak nak sesak-sesak di jeti beli saja tiket online di Langkawi Free Line. RM18 sehala. Kalau nak beli awal di kaunter tiket jeti hanya boleh sehari awal sahaja sebelum hari bertolak. So, kalau takut tiket habis macam masa cuti sekolah tu baik beli awai online je. Senang!Sila berada di jeti setengah jam awal . Sampai awal takpa tak kalut.Selalu depa panggil naik pun dalam 15minit sebelum bertolak.Owh..kami tak parking kereta dekat jeti sebab ada jiran sudi hantarkan. Tq jiran:)

Selamat sampai... nampak kan excited di situ.

Masa datang feri kecik skit dan agak kelam, dah la dpt seat depannn sekali. Bebetul depan tv. Tapi masa balik feri besar dan luas skit. Yang best depa pasang cerita dalam feri ni. Crita Jackie Chan pulak tu. Ralit la kami tengok.

Kereta sewa pula kira last minute juga cari dalam sehari dua sebelum pergi. susah sikit la nak dapat hat murah. Berjaya dapat kereta Axia Auto RM70 sehari.

Kereta elok, servis pun bagus. Senang berurusan dengan sis Norma ni. Boleh hubungi 017-537 6972

Kami part shopping agak fail sikit. Lagi-lagi bukan antara fanatik coklat. So, xdak la survey sangat. Kebetulan haritu lepas check-ou dan lunch masih awal lagi sementara tunggu feri pukul 4petang. Jadinya kami singgah di Ram's Home Decor terletak di Pekah Kuah. Dalam 10minit je dari jeti Kuah.


Ada kawan kata harga coklat dia mahal berbanding di Haji Ismail. So, korang boleh la survey2 sendiri. Tapi haritu kami mai ramai yang beli pinggan mangkuk die tak tau la murah ke tak. Kami sempat la beli juga coklat dan juga langsir sekeping. Rambang mata juga tengok bahagian atas tu part Dec. Langsir dah siap tu cantik dan murah juga harga.



Daim Snax itu sedapppp!Sila beli ok:)

Habis dah la cerita 2H1M di Langkawi. Moga kita ketemu lagi.


Apr 13, 2017

Langkawi Skycab Skybridge Skyglide

Kira kali kedua kami menjejakkan kaki di sini. Cerita dulu boleh baca dekat link ini. Beza harga 4tahun lepas dengan sekarang lebih sekali ganda. 2013 RM15( dewasa), 2017 RM40(dewasa). Huhuh. Dulu masa datang tak dapat naik Skybridge sebab tutup under maintenance, masa tu dah target dah next time mai Langkawi wajib naik Skybridge ni jugak.

Lepas makan-makan dekat Nasi Dagang Pak Malau , awal lagi baru pukul 10lebih nak check-in pun tak boleh lagi. Jadinya kami pergi lah ke Langkawi Cable Car or Langkawi Skycab nama lainnnye. N cakap dekat hasben kita tengok dulu ramai orang tak beratur, kalau ramai cancel naik.

Selamat Datang ke Langkawi Geopark. Memang dah banyak juge upgrade dari dulu lagi banyak kedai, entertainment dan makin cantik.

Eh..tetbe dah ada dalam skycab.Heheh.Tak ramai orang kejap je beratur beli tiket and tunggu turn naik. Gayat tak tengok ni??Ada orang tu gayat laaa, dulu naik relax je.Hikhik;p Kali ni naik kebetulan angin kuat plak rasa goyang tu boleh tahan la. Baru la rasa thrill skit yea dak;)

Excited nampak Skybridge tu tak sabar nak naik.Neves neves juga tapi excited lebih.

Selamat sampai di Top Station. Turun je dr Skycab korang menghala ke kiri menuju ke kaunter tiket untuk ke Skybridge pula tau. Nak p skybridge ni tiket tak include dengan Skycab tadi. Kene beli dekat atas ni. Pastu ada 2 option samada nak nature walk atau naik skyglide. Rujuk gambar di atas. Of course la kami pilih naik Skyglide. Tak kuasa la we ols nak nature walk tu naik turun tangga celah pokok habis make up.Hahha.Dasar sangat kan.

Begitulah rupanye Skyglide tersebut. Ada 1 tu je pergi dan balik dan boleh memuatkan dalam 8-10orang. Jadinya kene bawak bersabar bebanyak la untuk menunggu turn. Macam kami pergi bukan time sesak, ada la dalam 15minit tunggu. Baca komen orang cakap time cuti sekolah tu ada tunggu sampai 2 jam. Hebat la daya kesabaran beliau. Tunggu punya lama, perjalanan die kejap je dalam 3minit sehala.

SubhanaAllah..Allahuakbar..memang cantik sangat pemandangan dari sini.Hijauuu biru.Angin memang kuat selalu. Jalan kene pimpin orang sebelah. Takut terbang kita nanti.Hahha.

Happy us:)

World Most Spectacular Pedestrian Bridge

Actually korang kalau malas beratur sesak2 nak beli tiket di kaunter, boleh juga beli online sesiap di website Panorama Langkawi. Ada pelbagai pakej yang ditawarkan juge. Then Skycab ni ada bermacam jenis sekarang. Kalau tahap berani sangat tu boleh la try Bottom Glass Gondola yang bawah tu clear nampak bawah terus. Teringin juga nak try tu tapi harga tiket die kelip-kelip mata kita tengok.

Dekat 2jam atas ni sampai masa untuk turun. Suasana pukul 1tengahari.Masing-masing tengah tunggu Skycab untuk turun. Beratur la lagi kita.

Sebelum keluar jangan lupa bayar parking dulu. Oh, ada 2 type of parking tau.
Standard Open Parking RM3 (2jam pertama), Privilege Open Parking (Flat Rate RM10)

Total 1pax : RM40 (Skycab) + RM15 (Skybridge+ Skyglide)
FB : Panorama Langkawi

Apr 11, 2017

Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau rasa ramai dah dah tahu kewujudannya. Dekat FB dah banyak kali viral. Alang-alang dah sampai Langkawi ni wajiblah masukkan dalam list. Tengok gambar macam cantik je macam best je tempatnya.

Jadinya, sesampai je dari Kuala Perlis ke Langkawi dalam pukul 10pagi. Saja tak breakfast dulu sebab nak breakfast Nasi Dagang Pak Malau. Amik kereta sewa, zass set waze Nasi Dagang Pak Malau. Dalam 20minit kemudian sampai la korang depan Pak Malau.


SubhanaAllah pemandangan mengasyikkan padan la tengok orang makan dok bertambah-tambah pastu berat je nak bangun sebab sambil makan borak-borak tu mata tengok view sawah padi gunung ganang langit pun cantik je. Ni musim padi habis tuai kalau p tengah padi masak ka memang lagi la cun hijau kuning biru putih.Pastu boleh jalan depan tu lalu atas batas sawah ambil gambar macam Mak Cun.Awesomee!Kami tak p sebab tunggu lama pulak kekakak tu lepak situ. Its ok, next time boleh mai lg;p

Kebetulan rezeki sesampai tu ada port baik meja tepi ni ha.

Nasi Dagang berlaukkan gulai ayam dan gulai ikan tongkol. Utk N yg jaranggg masuk dengan Nasi Dagang ni alhamdulillah habis licin makan Nasi Dagang Pak Malau ni. Sedap bagi kami.

Di sini ada juga sebuah rumah kayu atau homestay yang boleh disewa. Pakej rumah + nasi dagang makan dekat verandah. Feeling di desa nan indah gitu kan.

Tengok dapur pun motif kampung. Memang sempoi sangat. Pak Malau tengah bz layan customer xdan nak beramah mesra. Selain ayam dan ikan gulai, ada juga kambing kurma, ayam kampung, ayam goreng berempah dan daging kerutub. Harga?Boleh zoom in tengok situ. 
Bermula dari RM8 semangkuk.

😍😍😍

Dalam 5minit selepas Nasi Dagang Pak Malau ni korang boleh singgah Makan Mahsuri.

Nasi Dagang Pak Malau
Hadapan masjid Nurul Naim ,Jalan Mahsuri Kampung Mawar, Langkawi
012 - 2711977
8pagi-2petang (Selasa Tutup)

Apr 4, 2017

Jalan-jalan cari makan di Tanjung Rhu Langkawi

Sambung dari entry De Balqis Tanjung Rhu Langkawi dah janji nak share tempat makan sedap-sedap area chalet tu kan. Banyak kenyang makan angin laut je duduk sini sebab terpana dan teralit tengok pemandangan indah sampai makan pun tak kisah. Percaya x??Hahaha..

Sebelum check in, kami singgah lunch dulu kedai bawah pokok depan je sikit dari De Balqis. Lamaaa sgt tak lepak makan tepi laut ni lain macam keexciteddannye. Akak kedai masak lambat-lambat pun tak pe sebab ralit dengan keindahan alam ciptaanNya.

Kene pulak air kelapa original camtu . Tapi spoil sikit kelapa agak tua.Huhu. Boleh tahan juge harga makanan dekat sini order Nasi Goreng Ayam RM8 sepinggan. Mahal la kan..mahal sebab makan pakej amik angin sekali.Huhu..Nasib sedapp!

Dinner pula kami makan di Martini Restoran. Masa check-in tanya dekat Kak Ani mana tempat dinner dekat sini, beliau la yg suggest tempat ni. Memang tak jauh pun dari chalet cuma agak kedalam sikit kedudukannya. Better naik kereta atau motor sebab sepanjang jalan Tanjung Rhu ni bila malam memang krik krik dan malap sikit tak happening. 

Jemput makaannnn!Jujur kata memag sedap. Bila tengah bercuti dan lapaq dapat makanan sedap pula, mood GUMBIRA itu bagai melantun melonjak senyum sampai dahi. Korang kalau stay Tanjung Rhu boleh la mai dinner dekat Martini Restoran ni k.Harga makanan pun affodable.

Jalan masuk ke Martini Restoran ni bertentangan dengan Labi-labi Resident. Ada signboard dekat simpang tu pastu nampak la dalam tu ada kedai lampu-lampu. Awal-awal sampai tu macam was-was juge sebab takdak orang sangat. Tapi tak la lepas tu baru orang mula mai sikit-sikit. 

Gigih nak jumpa macam mana rupa simpang nak masuk ke Martini Restoran ni. Sebelah kiri gambar simpang ke Martini Restoran. Sebelah kanan ke Labi-labi Resident. Ini ialah view dari De Balqis. Nampak siang pun jalan ni lengang. Depan tu nampak kelibat kereta-kereta parking tepi jalan tu kan belah kiri tu, itu kedai sarapan dan lunch ada lauk-lauk. Masa mai semalam tak perasan kedai tu. Dah balik baru perasan tapi kami tak singgah lunch situ, p lunch dekat Kuah.

Scarborough Fish n Chip ni sederet dengan De Balqis. Perasan nampak mat-mat salih mai makan sini so xpasti la menu die macam mana.

Kata akak kedai bawah pokok, kalau ke jalan ke dalam lagi menghala hujungg Tanjung Rhu ada lagi kedai-kedai makan cuma kami tak p jalan sampai dalam tu. Next time la pula kite explore.

Apr 3, 2017

De Balqis Tanjung Rhu, Langkawi

Sempena ulang bulan ke9 menjadi warga Perlis, kami plan nak short getaway dekat Langkawi. Lama dah kita bisik-bisik dekat orang sebelah- Rindu laut. Dah lama tak mandi laut. Bestnya kalau dapat piknik tepi laut. Nampak tak motif di situ kena pergi laut jugak. Akhirnya tercapai juga hasrat.

Plan asal nak just stay dok diam2 dekat chalet piknik bawa bekal lauk sesiap dari rumah tapi last minute ada orang tu nak p naik cable car la bagai tak jadi la pikniknya sebab kene ambil feri pepagi kul8. Kalau tak plan ambil feri lambat sikit, dan la masak. Gigih nau nak masak bagai kan. Hahha~

Bersempena dengan tema piknik+mandi laut+ketenangan, Cenang tak di masukkan dalam list sebab pantai Cenang kan crowded. Next time ok Cenang. Cari punya cari , terus book De Balqis Langkawi. Tengok review tak banyak lagi tapi tengok gambar macam menarik memenuhi kriteria.

Perjalanan dari Jeti Kuah ke De Balqis Tanjung Rhu mengambil masa dalam 40minit. Ada beberapa tempat persinggahan sebelum sampai tu nanti kami share kendian k. Excited nak share dengan korang tempat ni sebab memang awesome!

Check-in pukul 2petang. Saja mintak awal tapi Kak Ani kata kul2petang baru boleh. Kak Ani ialah owner De Balqis ni sama-sama dengan suami beliau. Kami buat booking melalui wassap je. Masa check-in dan check-out Kak Ani/hasben dia akan tunggu korang di area chalet sebab situ takdak kaunter reception/lobby.Belum check-in tengok pantai depan chalet tu pun hati dah melonjak-lonjak gembira. Cantik!Betul cantik!Betul??Sat kami share rupa dalam bilik dulu na.

Masuk je chalet korang akan nampak king bed yang tebal dan empuk ini.

Ada astro, coffee, mini fridge. Wifi pun ada ok.

Dalam almari dah disediakan sejadah, iron, selimut, bantal extra dan juga tilam extra. Bukan untuk pasangan berdua berdansa macam kami je malah keluarga pun boleh tidur ramai-ramai dalam bilik ni.

Lagi menarik ada bath tub uols dalam bilik air ni. Puas mandi laut, sambung dalam bath tub pulak. Tu la kami cakap kalau ada budak-budak pun tak gaduh depa boring.

Nasib la tengah panas masa ni kita dok jenguk-jenguk geram je pandang keluar tu. 
Ada ape dekat luar?

Dekat luar tu ada iniiiii!!!Terus view laut uols.Biru hijau putih. SubhanAllahhhh..tak sampai 1 jam check-in rasa tak menyesal book sini. Tak sabar nak tunggu redup sikit nak mandi manda di sinun.

Lepas asar, terus gedebush mandi laut lamaaaa giler kot tak mandi laut. Yang best sebab tak ramai orang. Kami berdua dengan tu nampak entiti 2 orang tu jiran chalet sebelah dari Germany. Kami 4 orang je mandi seluas-luas laut tu. Then duduk tunggu sunset. Nyaman!

Aktiviti diteruskan waktu malam selepas dinner yang sedap (nanti kami share jjcm). Bayangkan bunyi ombak angin sepoi sepoi bahasa tengok atas nampak bintang-bintang penuh di langit. Terlelap! N hampir terlelap, orang sebelah dah lelap. Kalau di layan mata mau tidur sampai ke pagi.

Esok pagi tu jalan-jalan tepi laut. Tengok air laut tu jernih, nampak anak-anak ikan berenang-renang di tepian. Pantai pun tak sesak macam kat Cenang. So, memang best la sesangat.

Tak jauh dari De Balqis chalet ni ada tempat untuk buat water sport activities. Masa ni depa tak stat bukak lagi, so kami ambil kesempatan la jalan atas ni sebab nampak petang semalam tu masa tunggu sunset ada la juga budak-budak dok lepak sini macam best je tengok. Kami pun nak rasa jugak.

Love infiniti pool. SubhanaAllah!!Alhamdulillah diberi rezeki, kesihatan dan peluang untuk menikmati moment moment indah ini. 

Pasir putih tepi pantai ombak saling bekejarannn..Mana hati tak berat nak check -out sat lagi. Nampak chalet kayu tu yang kami duduk De Balqis ada 3 unit sahaja tapi la ni baru start pembinaan penambahan unit chalet. Yang putih sebelah dia tu sedara mara depa juga nama Langkawi Primrose Seaview tu chalet batu. Sebelah tu lagi ada kedai makan pastu ada Labi-Labi Resident Resort. 

Tengok orang buat parasailing. Betui ka nama dia parasailing? Kami tengok ja tak buat, tak cukup keyakinan. Hahha. Lupa tanya harga berapa utk water sport dekat situ. Ada jet ski, banana boat juga. Takda la kosong sunyi lengang terus pantai dekat sini cuma kuranggg sesak. Sangat sangat sesuai mencari ketenangan.

De Balqis Tanjung Rhu Langkawi..Ada rezeki insyaAllah nak mai lagi.

Kalau yang tak biasa tempat sunyi, tak ramai orang, then nak walking distance dengan memacam kedai bagai memang tak sesuai la untuk korang. Tapi bagi yang nak jauhhh dari keriuhan kesesakan dan tak kisah sangat pasal kedai, makan memang tempat ni boleh masuk dalam list korang. Awesomeee! Actually kedai makan tak jauh dan tak susah sini. Ada dalam 5minit perjalanan ada kedai tomyam sedap, kedai western, kedai goreng2 tenghari lauk pauk.Ni nnti kami share next post,

Bagi kami tersangatlah puas hati. Kemudahan yang disediakan complete macam duduk dekat hotel berbintang-bintang. Kalau hotel berbintang-bintang tu bilik ada bath tub plus seaview mau harga tak mampu book, mampu tengok je kan. Huhuh.Nasib baik la ada  De Balqis ni. Kalau check-in reramai dengan kawan-kawan atau family boleh buat BBQ juga disediakan.

Harga 1malam as at Februari 2017 RM180 (xbreakfast) . Yea..kami p bulan 2 ritu , baru ni nak share.;)

De Balqis Tanjung Rhu Langkawi
Tel : 017-414 0002

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah