CHERITERA KAMI...: 2017

Aug 21, 2017

Sentosa Villa Taiping

Another last minute trip juga. Short stay je. Pukul 630petang check in, esoknya pukul 11 pagi checkout.Actually dah ada la dalam plan macam nanti otw dari KL balik Perlis nak stop by dekat Taiping la kononnye incas gerak dari KL tu petang2. Tapi macam tak sure gitu kan so takde la buat early booking.

Awal August marin lepas settle hantar mak ayah pergi menunaikan haji pagi tu pukul 6pagi. Sampai rumah rehat then packing sebab next day Rabu petang baru hasben keje. Takde la rush sangat nak balik cumanye larat ke tak je sebab masing-masing tingtong lagi dengan dari hari Sabtu sesampai dari Perlis terus g kenduri kawin pastue dekat rumah orang keep datang melawat mak ayah. Hari Ahad tu kenduri.Isnin uruskan itu ini then tengah malam dah ade di Kelana Jaya hantar mak ayah.Fuhhh...jarang kite lelap dalam kereta tapi hari tu memang terlelap dah tak menahan.

So,kami decide la nak pause kejap dekat Taiping. at least esok pagi tu sambung lagi 3jam journey je dari 6jam punya perjalanan kan. Nak recharge energy. Orang sebelah pun dok sebut2 Yong Tau Fu Bomba tu je. Terus kita call Sentosa Villa untuk buat booking. No deposit needed. Senang la kan kalau incase tak jadi ke ape tak rugi. Dats why booking terus je dengan diorang. Tapi kalau lambat check in, sila maklumkan pada mereka kalau tak nti depa open bilik korang ke orang lain pula.Gigit jari;p

Dalam 630 petang sampai di resort. Kali kedua kami menjejakkan kaki di Taiping dan di Sentosa Villa ni. First time pergi marin, banyak gambar xdan save, so kali ni bersedialah dengan gambar-gambarnya yea.Hehhe.

Wooden Villa bilik A3 view dari pintu masuk

View dari balkoni

Kami memang tahu bilik jenis Wooden Villa ni adalah 2 single bed dan bed die tak boleh dirapatkan.
Tu hal kecil je janji view die menarik.

Sebelum tunjuk view, kita tengok lagi apa ade dalam bilik ni.Konsep open wardrobe. Nampak pintu sebelah dressing table tu?Pintu tu adalah pintu keluar juga dekat dengan tangga untuk ke bilik atas. Misal kata datang 1 family besar. Amik 2 bilik atas bawah, bukak la pintu tu senang nak keluar masuk kejap naik turun exercise.Heheh.

Bilik adalah luas. Nak sumbat 4 5 orang pun boleh ni. Tapi bawa la toto tebal sikit sebab lantai tu mai sejuk mencengkam tulang tido dikelilingi hijau ni.

    Bathroom pun luassss nak mandi berjemaah buat party buih pun boleh ni cumanye takdak bath tub 

Fefeeling mandi dekat kampung 

Ini lah balkoninya. Kipas pun ada dekat luar ni. Sekali sekala kita kene sedut udara fresh.

Kan B kan  kan kan .. ni kire rangkum skali la alang-alang tu birthday kita due punya treat. Haha.nak jugek.Kata tahun ni tahun jimat cermat amalan mulia:)

View dari balkoni luar pintu masuk. Sebelah tu wooden villa tu view die superb sikit yg tu sebab nampak la air2 mengalir tu tapi dak reception tu kata saya bagi akak villa sebelah lah sebab yang check in villa tu 1 family reramai, nanti tkt akak tergnggu bising. Oh, tq very much la dik sbb we really need that ketenangan:)

Bilik A3 Wooden Villa belah bawah tu. Hai lah..tenang!

Disebabkan muka sembab giler pagi tu dan malas nak keluar breakfast luar nti dah nak check out so, N kate kat cik B..meh kite dengan baik hatinye nak belanje suami brekfast di balik kehijauan.

No buffet breakfast.Ada beberapa pilihan set breakfast dan sekali dengan cereal kalau nak. 1 set RM15. Alhamdulillah kenyang dan gembira perut. Cafe start from 830am.

Close to nature. nak mandi boleh tapi on your own risk yea. Sungai die macam best je nak celop tapi banyak batu-batuan. Jadinye kita ambil gambar je. Tahun lepas datang, belum ada lagi tangga hat gini.

belakang tu is Honeymoon Villa. Memula masuk juge dalam kire2 nak book yang ni ke tak sebab memikirkan hanya short trip, rugi la pulak. So, kite amik gambo depan die je la.Kalau taknak stay dekat chalet boleh juge stay di hotel dekat bangunan belakang tu.Boleh refer gambar last sekali dalam entry ni for detail.

Haritu kami stay dekat Deluxe Villa yang belakang nun tingkat atas. Nice jugak stay situ cuma tak dak balkoni face the hutan dan sungai lah. Kolam hat ni selamat sikit nak buat mandi manda celop-celop. Mesti sejuk airnya kan. Fresh dari Bukit Larut. 

Of course lah, kami totally in love again and again dengan Sentosa Villa Taiping!
Greeennn...Tenang...Freshhh..SubhanaAllah..

Setakat kami ada di sini, tak pernah lagi lah kene gigit serangga ke nyamuk je elok je. Macam lupa plak duduk dalam kawasan hutan comel ni. So, it save!

Segala detail dan room rate dah sesiap ni ha untuk korang. Kalau berkenan, zasss buat booking tau.
Kalau nak tahu rupa bentuk setiap villa tu boleh ke  www.sentosa-villa.com.

Selamat bercutiiiiiiiii~


Klik sini untuk cerita Taiping Tour.

Jul 27, 2017

Armenian Street Heritage Hotel Penang

Penang memang banyakkk hotel tapi kene ikut kesesuaian bajet dan plan kita macam mana lah. N jenis yang tak suka habis masa atas jalan dengan jem nak cari parking bagai. Rugi la bayar duit hotel tu. Kalau banyak masa dekat luar kita stay dekat hotel yang bajet janji selesa kan. Kalau banyak masa nak relax santai dekat hotel boleh stay yang mahal sikit.

Disebabkan trip last minute haritu bertemakan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) jadinya kami book hotel yang bajet sahaja. Go thru review sikit tengok ok, terus book. Masa otw dalam train tu baru study pasal nearest attraction dekat dengan hotel itu. Dan Alhamdulillahhhh sangat sebab hotel kami book ini sangat banyak tempat-tempat yang walking distance sahaja. Jimat duit tak perlu bayar uber/grab car.Hehhe.

Reception Area


Lobby Area

Simple sahaja dalaman hotel ni tapi nampak elegant, classic dan heritage. Yang best bahagian lobby ni ada convenient store 24hours senang la rasa lapar je nak beli maggi ke jajan , air, roti. Then sebelah tu ada kedai art and souvenirs.

Ada perkhidmatan sewa basikal juga depan hotel ini. Tapi xstudy pulak macam mana sistem sewanye.

Jom masuk bilik. Tadi berlengas kan dah berjalan makan Ais Kepal dengan Nasi Kandar Ramzan. (klik SINI). 

Superior Double Room..simple je biliknya. Tapi selesa.Cumanya kalau nak iron kene request dekat reception dan takde bantal extra disediakan. So, korang kene request jugak.

Bilik air bersih, toiletries lengkap, air pun laju

Sangat the english kan. Macam rumah agam pun ada. Bawah tu direct nampak reception/lobby. Telefon takde dalam bilik tapi disediakan di koridor. Agak-agak malas dial,korang jerit je ke bawah tu.Hihihi..

Armenian Street Heritage Hotel

Lebuh Carnavon , Georgetown, Penang
04-262 3888

1. 5minit  ke Nasi Kandar Beratur (walking distance)
2. 5-10minit ke Street Art Penang (walking distance)
3. 15minit ke Roti Canai Transfer Road (walking distance) 
4. 5 minit ke Deen Nasi Kandar (by car)
5. 15minit ke Menara Komtar (walking distance)

Banyak jugakkan tempat2 menarik yang berdekatan. Ini antaranye lah tak habis pusing dan study lagi. Next time kalau nak JJCM memang hotel ini akan masuk dalam top list lah. Ada lagi 1 hotel Armenian Suite Hotel , hotel adik bradik la ni. Dah kalau nama Suites tu mahal la sikit jarak dalam 5minit je dengan Armenian Street Heritage ni. 

Oh ya..harga per nite RM104.72 9(xbreakfast) tapi tapii kami  lupa kami beli dekat web mana. Rasanya Traveloka kot. Transaction dekat dalam bank ada tapi cek dekat setiap travel web tu takde pulak jumpa.Huhuh.

Yeahhh..last minute trip JJCM Penang, berjaya!:)


Jul 25, 2017

Happy Birthday to Me!

Alhamdulillah syukur nikmat Allah masih lagi dipanjangkan umur merasa boleh bernafas di bumiNya dikelilingi orang-orang tersayang.

Tahun ni tahun bersederhana kami. Tahun simple sempoi dan bajet. Hahah. Kalau tak kan ade je la nak celebrae situ sana sini. Masa birthday cik B bulan lepas pun , kite just buat masak2 je. Masak pun Nasi Ayam. Itu dah kire special habis la tu.Keke. Yang penting, U ade dengan I, I ade dengan U. Gitu.

Birthday kite harini pun takda la plan request mengarut2 pun xde. Kalau tak, ade je datang perangai die tu.Hahha. Faktor usia kot no sekarang ni lebih relax. Dah la tetbe bangun pagi tadi rasa seram sejuk je badan. Tang kaki sejuk sungguh. Ni masih berstokin lagi. Memang tutup dapur la kite harini.  
Sarapan pagi tadi dekat luar, tenghari mintak orang tu tapaukan sebab tak larat rasa nak p kedai. Dinner pun tadi makan luar. Itu jelah request birthday girl tahun ni.Kikiki.

Malam semalam cik B balik keje pukul 11malam lebih , tetbe kita ternampak la 2 kotak macam kenal je rupa paras kotak tu. 

Ntah bile die sempat pergi beli kek ni ha. Laju je birthday girl ngap.

Then pagi tadi sebelum pergi kerja , orang tu sempat pesan. Ada kek lagi tu dalam peti ais. Spesel katenye. Nak pulak kan wife die percaya. Tapi dalam percaya tak percaya tu pergi jugak dapur nak tengok dalam peti ais. Haha. Mengharap sangat kan;pRupa-rupanyaaaa....

Ada wish card melekat dekat peti ais ni ha. 

Belakang tu ada la wish bagai kite simpan kita2 je la eh.Hehhe..segann! Terasa kecomelan dan effort tu sangatttt lah dihargai menyebabkan termenangis la kita skit.Skit je, dak cengeng memang camni. Hati die mudah tersentuh.

Tq partner!tQ Soulmate! Tq untuk all the effort. 

Saranghae, hasben.

Korangggg...doakan yang baik-baik untuk kite tau. Tq!

Kalau nk bagi kite hadiah, boleh email kite mtk alamat.hahaha.Tak mahalu birthday girl ni;p

Jul 17, 2017

Jalan-jalan Cari Makan Penang

Trip last minute Penang agak adhoc.Last minute giler! Lepas Subuh orang sebelah kata jom kite pergi Penang naik train nak x?Wajiblah orang sebelah sini menyahut, Jommmm!! Naik train xpe, kalau drive kurang kerajinan lagi2 hari tu ialah hari Jumaat. Kisah trip ini terjadi sebelum kita menyambut Ramadhan yang lepas. Terus check hotel yang bajet je sebab motif kali ni JJCM katenye. Packing baju sehelai sepinggang zasss p stesen KTM Arau menuju stesen KTM Bukit Tengah. Perjalan sejam setengah. Nanti kami kongsi pasal naik transport semua ni.

Sampai hotel agak awal sebelum waktu check-in bilik pun belum ready lagi. Ayuh..kita mulakan operasi JJCM dulu. Masa otw nak ke hotel tadi nampak kedai Ais Kepal. Bila memasing tak pernah rasa, terus la mark kedai tu, ok sat g kite kene try ni. Terus la kami menuju ke kedai Ais Kepal yang nampak tadi. Tak jauh pun dalam 5minit jalan kaki. Tapi yang jadi lambat tu sebab sepanjang jalan kiri kanan tu ada bermacam kedai souvenirs. Nampak je unik skit kami singgah, eh mostly kami singgah jenguk sepanjang-panjang kedai dekat situ.Saja cuci mata ala touristHehhe.

Ais Kepal

Ini lah rupanya Ais Kepal itu RM3 seketul ambil perisa sirap sebab original kan rasa sirap. Dia siap ajar lagi macam mana nak makan. Kene hisap jangan gigit tapi sebab jenuh nak menghabiskan walaupun share berdua ni kita gigit kan jugak.Hahha. Last-last tak habis sebab banyak sangat. Jadilah buat rasa. So, dah tahu la "Ohhh, macam ni rasa Ais Kepal" !:)

Landmark : berdepan Armenian Suites Hotel, Lebuh Armenian Georgetown

Ramzan Nasi Kandar


Kewujudan Nasi Kandar Ramzan ni kami tahu selepas berborak dengan sorak aunty ni yang mana hasben dia orang Penang. Dia cerita hasben dia setiap kali balik Penang mesti akan pergi makan dekat sini. Rasa dia sedap lagi dari nasi kandar yang orang dok viral-viral tu. Bersih pun yea jugak.

Maka terpacaklah kami di depan Ramzan Nasi Kandar tersebut sebab terpengaruh dengan cerita aunty tersebut. Hanya 3 minit sahaja berjalan kaki dari kedai ais kepal tadi. Dekat sangat!

Best makan tak perlu nak beratur panjang nak bersesak berebut tempat duduk. Sampai je pilih lauk, Bismillah ngap makan.Hehhe. Alhamdulillah dari segi rasa boleh tahan takde la rasa kuat sangat rempah2 dia. Kami ni nak bukan selalu p makan nasi kandar pun so nak kata sedap pun xtau nak describe sedap lagu mana. So, korang cuba la sendiri mai sini makan na.
Total 28.50 termasuk air.

Landmark : Lebuh AhQuee simpang berdepan Masjid Kapitan Keling ( Buka : 630am-630pm)

Medan Selera Padang Brown

Sebelum ke Padang Brown ni kami menyinggah dulu di QueensbayMall dah siap minum petang kononnye di sana. Jadinya macam kenyang2 lagi masa sampai dekat Padang Brown ni. Ramai review kata pasembur sedap dan suasananye elok lagi dari Padang Kota Lama tu. Dan kebetulan tak jauh pun dari hotel dalam 10minit dengan kereta.Parking pun senang. Otw tu nampak la Deen Maju Nasi Kandar yang Hot dan Sedap kata orang tu niat di hati nak jugak la singgah tapu xpeelaa..kita simpan itu next time!hehhe..

Medan Selera Padang Brown

Roti Canai Transfer Road

Masa untuk check out. Pukul 8lebih dah checkout untuk meneruskan misi JJCM kene kejar train by tengahari sebab petang cik B keje. Tak sangka kami gigih berjalan ada la dalam 15-20minit macam tu untuk ke Roti Canai Transfer Road ni. Hahahai..Masa ok lagi stamina lagipun lalu jalan yang tak sibuk sangat di balik kedai-kedai tu.Okla tenang!


Ini lah rupanye Roti Canai yang glemer tu. Kedai sempoi tepi jalan je meja pun celah-celah kedai orang. Kalau nak makan situ terus pergi cari tempat duduk, nanti diorang amk order. Tapi mungkin haritu kekurangan pekerja kot. Diorang buat sesiap rotinye terus hantar tak sempat kami nak pilih. Belasah je lah labuuu.

Roti canai banjir ada ayam besaq atas tu. Tergamam memula tengok.Hahha. RM7 sepinggan dan rasanya biase2  je. Orang sebelah kata tak sedap. Dah la dia tak suka makan roti canai banjir pastu karinye tak berapa kick. Tapi dah bayaq mahal2 kenelah habiskan.

Landmark : sebelah Hotel Penaga

Roti Bakar Hutton Lane

Disebabkan tak sedap , cik B ajak patah balik ke Roti Bakar Hutton Lane. Kedai ni kami perasan masa berjalan kaki ke Roti Canai Transfer Road. Kite pun mengikut kan aje kang lapo takde energy nak kejar train sat g.Haha.


5minit jalan patah balik jumpa lah kedai ni. Kedai di lorong-lorong ni akak tak berani lah nak masuk ke dalam tu. Makan kat luar ni je sebaik ada meja kosong.

Roti Bakar Hutton Lane vs Roti Canai Hutton Lane

Okklaaa..boleh tahan juge roti bakar tu. Roti canai tu ok lagi la kot dr transfer road tu.

Landmark : bersebelahan Alam Indah Banquet Hall



Berjaya jugalah trip last minute aci terjah dalam train baru google tempat-tempat makan ni. Semua tempat yang berdekatan dengan hotel. Senang!next entry kami share pasal hotel pulak yea.

Jul 14, 2017

Salam Syawal

Sebenarnye tadi tengah menaip untuk entry lain dah panjang jugak dari malam semalam okeyh kite mengarang tetbe hilang semua yang ditaip itu. Tak pasti tertekan apa. Tapi yang pasti hakak terkedu terkelu ter ter ter..termengalah juge dengan  suratan ini.Sobsob.

Jadinya, kite buat entry mukadimah sempena Syawal dulu yea. Dah pertengahan pun dah. Takpa janji dalam bulan yang mulia lagi. Raya kan sebulan.Heheh.

 Kami di perantauan

Amik feel je. Takdanye nak raya di perantauan aih. Family sanak saudara semua ada kt Malaysia, ape kes pulak mengkome nak raya di perantauan kan. Kalau agak2 perantauan pun paling kurang tak dapat cuti raya, raya lah korang dua kat Perlis. Hahah. Nasib dapat cuti 5hari alhamdulillah. Itu pun tetap tak cukup. Mungkin kene cuti paling kurang 2minggu gamaknya.Tamak sangat;p

Korang yang berdekatan Perlis kalau nak beraya bersama kami, roger2 lah. Kuih raya takdak, ada kerepak raya special je. Hehhe.

Amacam raya korang?Meriah tak?




May 26, 2017

Selamat Datang Ramadhan

Semoga Ramadhan kali ini lebih bersinar sinar dari awal hingga ke akhirnya dan dipermudahkan ibadah.

Mohon maaf segala salah dan silap. Moga ukhuwah terjalin berterusan selamanya.
















May 23, 2017

Jalan-jalan Sungai Petani

Masa minggu cuti Hari Pekerja haritu kami plan nak p melawat kawan dekat Sungai Petani. Cuti tapi nak jalan tapi malas nak check in memana sebab peak season kan. Tu yg plan pergi rumah bff sorang ni tdo 1 malam. Alang-alang tu nak lajak sekali pergi jalan ke Pantai Merdeka.

Dari Perlis ke Sungai Petani dalam 1 jam setengah Dari Sungai Petani pula nak ke Pantai Merdeka lebih kurang 40minit. Asalnya plan nak bawak bff ni dgn anak2 die p skali tapi dah yg anak tu pulak tak sihat. So, kami pun lajak terus la ke Pantai Merdeka dulu sebelum p rumah die. Dalam waktu Asar camtu kami sampai di Pantai Merdeka. Cuaca tengah panas tapi nasib baik angin laut tu ada. Dinasihatkan kalau nak mai sini datang pukul 6petang camtu baru redup sikit budak2 pun main syok. Ada plyground, orang jual memacam la mainan kereta control sabun tiup-tiup tu. Ada yang piknik juga. Tempat makan pun banyak cumanya dekat sini tak boleh mandi lautnya sebab die takde pantai. Cuma boleh menghayati keindahan dan kenikmatan bayu laut. Dari sini pun boleh naik bot ke Tanjung Dawai  dekat seberang tu memang boleh nampak dari Pantai Merdeka.tapi haritu kami tak p pun. Takut pula kes yang dulu penumpang Cina tu lemas kan. 

Kami just dok makan minum lepak santai je di situ.

Medan Selera Pantai Merdeka. Ada 16 buah kedai. Yang meriah ada ABC popular ABC Gunung Jerai, ABC Cornetto tu semua belah sana yg ramai orang tu kedai no 14, 15 dan 16. 

Dah sampai, mestilah nak merasa jugakkan. ABC Cornetto dan cendol. Sedappp! Laju jugak menghabiskan mungkin sebab panas dahaga. Aiskrim tu semua licin ok. 

Nasi Goreng Udang. ada 2 ekor udang besar tu. Not bad rasa. Kiranye dekat sini makanan memenuhi citarasa la.

Dah kenyang perut bergumbira, kami lepak tepi tembok tu. Hati-hati bila di sini keselamatan atas tanggungjawab sendiri. So, tengok2 la anak-anak tu jangan kang ada tergelincir jatuh ke laut pula. 

 Ku ukirnamamu di awang Gunung Jerai..Di situ Tanjung Dawai..Cinta Kita di Pantai Merdeka

Esoknya lunch , tuan rumah bawa makan tempat best. Restoran Bawal Padang Tenusu. Suka tempatnya sebab selesa, besar dan bersih. Servis pun bagus.

Asam Pedas Ikan Sembilang. First time makan, sedap dan pedas. Dihidangkan dalam claypot so makanan keep hot sampai habis makan jadinya selera tu menjadi-jadi terpaksa minta nasi tambah.Hoho.

Ikan bawal goreng garing , ayam goreng berempah dan paku pakis goreng belacan. Semua is SEDAP!

 Lokasi restoran otw dr SP ke Pantai Merdeka tepi kiri jalan besar  dan sebelah kedai jual kereta.

Sempat pulak tu pergi singgah beli lemang Pak Teh depan je sikit dari Restoran Bawal tadi. Memang lemak dan fresh lemang die tak berkerak pun. Makan dengan durian udang merah dan serunding. Perghhhh!

maveles sangat ni:)

So, korang mai Sungai Petani kene try makan dekat tempat-tempat ni tau. Tapi kalau tak kene selera jangan marahhhh;p

Apr 25, 2017

Tiket feri, Kereta Sewa dan Shopping di Langkawi

Janji ni last entry pasal Langkawi..Kalau ada ada juga tu maksudnye p Langkawi lagi tu.Ehh..eh..hahaha;p

Seingat-ingatnya tak pernah naik feri ke Langkawi. Kira ni first time la naik feri dari Kuala Perlis ke Langkawi selama 1jam. Sebab banyak aktiviti kononnya, kami beli tiket feri pukul 8pagi. Senang sekarang kalau tak nak sesak-sesak di jeti beli saja tiket online di Langkawi Free Line. RM18 sehala. Kalau nak beli awal di kaunter tiket jeti hanya boleh sehari awal sahaja sebelum hari bertolak. So, kalau takut tiket habis macam masa cuti sekolah tu baik beli awai online je. Senang!Sila berada di jeti setengah jam awal . Sampai awal takpa tak kalut.Selalu depa panggil naik pun dalam 15minit sebelum bertolak.Owh..kami tak parking kereta dekat jeti sebab ada jiran sudi hantarkan. Tq jiran:)

Selamat sampai... nampak kan excited di situ.

Masa datang feri kecik skit dan agak kelam, dah la dpt seat depannn sekali. Bebetul depan tv. Tapi masa balik feri besar dan luas skit. Yang best depa pasang cerita dalam feri ni. Crita Jackie Chan pulak tu. Ralit la kami tengok.

Kereta sewa pula kira last minute juga cari dalam sehari dua sebelum pergi. susah sikit la nak dapat hat murah. Berjaya dapat kereta Axia Auto RM70 sehari.

Kereta elok, servis pun bagus. Senang berurusan dengan sis Norma ni. Boleh hubungi 017-537 6972

Kami part shopping agak fail sikit. Lagi-lagi bukan antara fanatik coklat. So, xdak la survey sangat. Kebetulan haritu lepas check-ou dan lunch masih awal lagi sementara tunggu feri pukul 4petang. Jadinya kami singgah di Ram's Home Decor terletak di Pekah Kuah. Dalam 10minit je dari jeti Kuah.


Ada kawan kata harga coklat dia mahal berbanding di Haji Ismail. So, korang boleh la survey2 sendiri. Tapi haritu kami mai ramai yang beli pinggan mangkuk die tak tau la murah ke tak. Kami sempat la beli juga coklat dan juga langsir sekeping. Rambang mata juga tengok bahagian atas tu part Dec. Langsir dah siap tu cantik dan murah juga harga.



Daim Snax itu sedapppp!Sila beli ok:)

Habis dah la cerita 2H1M di Langkawi. Moga kita ketemu lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah