CHERITERA KAMI...: Bercuti ke Bali : Shopping , Supir Murah, Itinerary dan Tips

Nov 24, 2016

Bercuti ke Bali : Shopping , Supir Murah, Itinerary dan Tips

Ktorang tak berapa reti pergi bercuti dan shopping. Sebab asal bercuti tu memang untuk bercuti, tapi kalau dah pergi somewhere yang kita tak pernah pergi of course nak jugak jejak kaki dekat tempat shopping sekadar cukup untuk beli souvenir dan cuci mata.

Tang nak beli souvenir pun pening. Selalu kita beli untk family members dan anak-anak buah je la. Macam di Bali ni alhamdulillah tempat shopping yang terkenal tu dekat je dengan villa yang kami stay Ini Vie Villa. Jalan kaki ada la dalam 5-10minit. Dekat je lalu jalan disebalik rumah dah sampai.

Krisna Oleh-Oleh Khas Bali...ade 4 cawangan Krisna ni.Yang kami pergi ni terletak di Jalan Raya Tuban , Kuta dan satu-satunya yang beroperasi 24jam. Haaa..shopping lah berapa jam nak sebab tempat ni adalah besarrr. Memang rambang  mata dan pening. Tshirt,kain, keychain, fridge magnet, beg, sabun, minyak, lotion wangi, makanan,pinting semuaaaa lah ada dalam 1 tempat ni.

Terdapat kaunter untuk packing letak segala barang shopping tu dalam kotak. Senang nak ngangkut. 
Bayar IDR 80,000.

Untuk supir pula N memang tak survey banyak sebab mostly baca Pak Yanto yang paling murah. Terus wassap dan book. Book pun takde kene bayar deposit ke apa. Pak Yanto cakap nanti dah sampai dah siap semuanya baru bayar kak. Senang kan. 

Cas yang dikenakan IDR 350,000 untuk full day, IDR 250,000 half day dan IDR 80,000 untuk airport transfer. Bagi kami memang murah dah. Masa dekat Bali ada juga tanya-tanya orang lain semua mahal walaupun diorang kata harga sahabat. 

Bila ada supir ni memudahkan perjalanan lagi-lagi kalau plan nak pergi banyak tempat dan jauh. Bali tu kan macet giler. Die bawak lalu jalan shortcut pun macet . kalau jalan besar lagi teruk macetnya. Tapi skill drive diorg memang power la. Kite dok belakang ni memula kan tak biase dok eh eh eh bile bertembung dengan kereta la motor. Supir tu dok gelak-gelak je kat kite. 

Supir kami hari pertama dan kedua. Dafi namanya. Muda sikit dari kami. Perangai memang giler dan banyak cakap. Tak booring la ada je nak borak. Suka mengenakan orang pun yea jugak.
 Gurau-gurau.

Supir hari ke3. Nama Arif. Yang ni macam tak berapa banyak cakap tapi suara dia sedap woo dia pasang lagu Judika dalam kereta. Layan memasing nyanyi.

Diorang 2 ni kerja dalam 1 company yang sama bawah Pak Yanto. Bawah Pak Yanto ni ada 14orang supir tak silap. Semua sedara-mara. Dari keje sorang sampai dah banyak pekerja bawah dia. Betapa well knownya Pak Yanto ni. Kalau korang pun nak dapatkan perkhidmatan mereka boleh contact
Pak Yanto +6281236540997.Wassap saja senang.

Kalau teringin nak bawak speda (motor) pun boleh tapi di nasihatkan punya lesen antarabangsa sebab kata supir polis sini rajin cek lelagi nampak tourist. Time ni la dia cari duit kopi.  Di Bali ada juga perkhidmatan  GoJek. Macam Uber / Grab Car tapi ni versi naik motor or Go-Car kalau nak naik kereta lah. Selain tu diorang ada buat perkhidmatan pesanan makanan dan banyak lagi. Teknologi sungguh.Boleh tengok lanjut di link ini GoJek-Indonesia.

Masa di Bali haritu kami ada juga menggunakan perkhidmatan Uber. Kenapa guna uber tak ambil supir? Sebab kalau aktiviti korang tak padat macam contoh haritu kami nak pergi dari Nusa Dua ke Wong Solo Kuta je lepas tu check-in dekat Ini Vie Villa. Kalau ambil supir rugi la.Haritu perjalanan dalam 15minit lebih kurang IDR 25,000 je. Ni contoh je la. Depends pada rate semasa. Bayar pulak boleh pilih nak by cash or kredit kad.3kali guna. Alhamdulillah semua ok. Banyak je Uber dekat sana. Janji korang ada internet. Uber lagi murah dari teksi. Macam kita dekat Malaysia. Ada juga kita panggil teksi sapu tu yang tunggu depan hotel ke depan tempat attraction kan. Yang tu janganlah ambil, confirm mahal.

Perkhidmatan Uber di Bali

Kira habiskan terus la eh cerita Bali ni..N summarizekan itinerary kami selama 5H4M

Hari 1

Hari 2

Hari 3
Check-out Pondok Sari Hotel Kuta

Hari 4
Check-out Grand Whiz Hotel Nusa Dua
Lunch di Wong Solo Kuta

Hari 5
Check-out Ini Vie Villa Legian
Shopping di Krisna Oleh-Oleh Khas Bali
Lunch di Wong Solo Kuta
Bye-bye Bali~

Itinerary ni N buat sendiri ikut apa yang kami minat dan nak pergi. Actually, kalau korang ambil supir, boleh follow je mana dia nak bawa. Tapi biasalah ktorang ni suka buat lain dari lain. Huhuh..Itinerary ni N wassap dekat supir beberapa hari sebelum kami berangkat ke Bali. Mintak dia komen ok ke tak ok. Sebab kita buat  ikut maps anggaran waktu dia kan, supir je yang tahu sempat ke tak nak achieve bende tu. Tu kelebihannya ambil supir ni, senang nak tanya nak discuss dia akan layan je walaupun kita tak bayar deposit satu sen pun masa tu. Bagus kan:)

Dinasihatkan korang tukar duit secukupnya di Malaysia. Kalau tak pun ada spare sikit duit Malaysia then tukar di Bali incase la tak cukup kan dah shopping makan bagai tu. Activekan kad  ATM siap-siap senang kalau urgent, dah boleh guna terus.

Flight tiket return KLIA-Bali-KLIA by malindo air RM800++ 2pax include meal and 20kg luggage dan pick seat. Beli 2bulan sebelum pergi so memang tak dapat la harga murahhh lagi.

Airport tax masa N survey baca review dekat blog lain ada yg cerita kata ada. So, kami dah standby la duit IDR 200,000 seorang rupanya dah takde dah since Feb2015 semua airline yang berlepas dari Indonesia perlu masukkan airport tax dalam harga tiket flight.

Make sure korang tak datang Bali time diorang tangah sambut hari Nyepi@Balinese Hindu New Year@Day of Silence. Sepi la korang kt Bali tu sebab masa hari ni semua aktiviti tutup memang tak boleh nak pergi mana.Tak silap setiap bulan Mac setiap tahun cuma tarikh je berbeza-beza.

Mm...ape lagi ek nak share. rasa macam dah habis..Kalau ada soklan boleh email N, cantik_menawan25@yahoo.com k.


BALI..mulanya takda dalam wishlist memang tak rasa nak pergi sebab tak suka tempat patung2 bagai ni tapi once sekali dah pergi, rasa nak pergi lagi sebab cantikkk dan best dan layanan memang bagus.Next time kalau ada rezeki boleh explore bahagian lain pulak Kintamani, Tegalalang, Ubud, Lovina banyakk lah lagi.. 


Till we meet again~

*Update : sebab ramai yang bertanya total bajet kami berapa...sori lah bukan N tak nak total kan saja nak suruh korang baca cerita Bali kami semua dalam setiap tu N dah letak total just korang tambahkan semuanya je.. hahah..saje kan kite.okla...utk tidak menghampakan korang..
GRAND TOTAL RM3000 lebih kurang.

16 comments:

idzwa kamaruddin said...

Best nyerr pegi jalan.

::EIDA:: said...

yanto mmg byk supir! hihihi

dalila said...

wahhh..bestnyee..

Anonymous said...

Sis, budget sis habis berapa ?

birD said...

Budget berapa ke bali..... supir tu kalau utk 3 hari berapa

Azura Hussin said...

Rm3000 include shopping,flight,hotel n segala yee

aziman omar said...

Salam,
Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
Saya ada menyediakan ground pakej ke Bukittinggi Padang, Medan,Pekanbaru,Bali,Aceh,Jogja atau mana mana destinasi seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia untuk lebih selamat..,murah.. dan meyakinkan.Urusan tiket kapalterbang juga boleh saya uruskan.
Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
Sebarang pertanyaan akan kami layan.
Atau boleh juga tinjau-tinjau Blog kami untuk pelbagai info:
http://freelancetour.blogspot.com/

Anonymous said...

Siapa yg nak datang pulau jawa. Bromo. Malang. Banyuwangi. Boleh book +6285253107464 di jamin harga murah meriah berpatutan

Anonymous said...

Siapa yang nak datang Bali /Banyuwangi /Surabaya boleh guna hikmad pak eddie supir muslim book +6285253107464 di jamin harga murah meriah berpatutan sangat packg transport 5hari 4 mlm kat bali RM350 satu kereta boleh kongsi 6 orang berpatutan sangat bukan. Makan di jamin halalan toyiban

Anonymous said...

Jom datang Bali.banyuwagi.surabaya
Di jamin harga berpatutan
Packg transport 5hari 4 mlm kat bali RM350
Boleh kongsi 6 orang berpatutan sangat bukan
Book+6285253107464
Pak eddie supir muslim

Anonymous said...

Book pak eddie supir muslim Bali
Murah 3 hari full Day kat bali
RM 280 satu kereta bukan per person boleh kongsi 6 orang berpatutan sangat bukan
Book +6285253107464

Anonymous said...

Siapa yang nak datang. Java. Bali. Gunung bromo. Surabaya
Boleh guna hikmad pak eddie supir muslim
Insak alloh harga ber patutan sangat
Full Day idr 300.000 rupiah
Harga transport sudah includ. Parking. Petrol. Driver. Mineral water
Satu kereta boleh kongsi 6 orang berpatutan sangat bukan
Book +6285253107464

Anonymous said...

Cukup kat bali murah
Book +6285253107464
Pak eddie supir muslim
Full Day. Idr 300.000
Harga transport sudah includ. Parking. Petrol. Driver. Mineral water

Anonymous said...

3 hari murah sangat. Idr. 850.000
Satu kereta bukan per person
Harga transport sudah includ. Parking. Petrol. Driver. Mineral water
Book+6285253107464
Supir muslim bali

Anonymous said...

boleh adv hotel mana yg sesuai tuk family dan serve halal foods.
tq.

Anonymous said...

Flora hotel /radana hotel/kaboky hotel
Book transport bali muslim
Pak eddie supir muslim Bali
Book +6285253107464
Di jamin harga berpatutan sangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah